Wednesday 22 July 2015

Rancangan Menjatuhkan Najib



Harus kita semua ingat bahawa kita ini sedang di dalam keadaan fitnah akhir zaman di mana Rasullallah pernah menceritakan yang di akhir zaman, fitnah yang besar akan mudah dibuat melalui jari-jemari (dan bukan mulut) sehingga ianya tersebar dengan meluas keseluruh Dunia dengan pantasnya - ahem, ahem,.... media sosial? 'Keyboard Warriors'?

Keadaan politik Malaysia ni dah macam wayang ada jugak. Abis berkecamuk kepala otak Rakyat memikirkannya. Ada yang dah besar kepala nak jadi 'Keyboard Warrior' berdebat di dalam media sosial berpandukan propaganda-propaganda yang dihasut oleh sesetengah pihak untuk menjatuhkan Perdana menteri, Y.A.B. Dato' Seri Najib Razak, ataupun menjatuhkan Kerajaan pimpinan beliau. Si pentaksub-pentaksub yang mudah mempercayai tohmahan-tohmahan kosong yang tidak berasaskan bukti kukuh ini menuduh penyokong-penyokong kebenaran yang meminta bukti kukuh sebagai macai Kerajaan yang sudah di'brainwash'. Masalahnya, kemungkinan yang sama boleh ditujukan kepada mereka di mana mereka, pentaksub, atau Zombie, juga telah di'brainwash'kan oleh penghasut-penghasut yang membuat fitnah. Sebagai Rakyat marhain, jangan kita menyebelahi mana-mana pihak sehingga kita mendapat bukti kukuh tentang masalah hari ini (1MDB). Seorang Rakyat yang meminta bukti kukuh bukanlah macai Kerajaan. Sebaliknya merekalah orang-orang yang beriman kerana tidak mempercayai fitnah tanpa bukti dan mempunyai pemikiran terbuka demi kebenaran. 

Dari sudut seorang marhain, boleh dilihat bahawa ini yang telah terjadi:

Langkah Pertama Penfitnah
Membuatkan Dato' Seri Najib berasa tertekan dengan harapan beliau akan meletak jawatan sepertimana yang telah berlaku kepada Perdana Menteri yang sebelumnya iaitu Tun Abdullah Badawi. Rancangan ini gagal kerana keteguhan Dato' Seri Najib yang melaungkan semangat keperwiraan Bugisnya. Walaupun laungan beliau mendapat sambutan 'sarcastic' Rakyat, keteguhan beliau tetap menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Penfitnah-Penfitnah tersebut.

Langkah Kedua Penfitnah
Penfitnah seterusnya menggunakan pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli kabinet Dato' Seri Najib untuk menekan beliau untuk meletak jawatan. Ini juga tidak menjadi apabila beliau mencabar sesiapa dari ahli kabinetnya untuk meletak jawatan jika tidak menyokong beliau. Penfitnah-penfitnah tergamam melihat tidak seorang pun dari ahli kabinet ataupun pemimpin-pemimpin UMNO tampil untuk menyahut cabaran Dato' Seri Najib. Malah, Majlis Tertinggi UMNO berdiri teguh di belakang Dato' Seri Najib memberi sokongan padu.

Langkah Ketiga Penfitnah
Penfitnah mencuba lagi dengan secara berperingkat di mana mereka cuba menekan Dato' Seri Najib untuk mengambil cuti kerana disiasat oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegah rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Ketua Auditor Negara, 'Public Accounts Committee' (PAC) dan Ketua Peguam Negara. Kononnya dengan adanya Dato' Seri sebagai Perdana Menteri, beliau akan dapat menghalang pergerakan keenam-enam pihak berkuasa yang menjalankan siasatan. Yang peliknya, Dato' Seri jugalah yang meminta agar Ketua Auditor Negara dan PAC untuk memulakan siasatan. Macamana pulak dia yang mahu menghalang?

Langkah Keempat Penfitnah
Di sini kita dapat melihat gerakan ini sudah mula melibatkan orang luar melalui Sarawak Report (SR) dan Wall Street Journal (WSJ). Bermacam-macam lagi tohmahan dilemparnya bertalu-talu. Tak cukup dengan 1MDB, dihentamnya MARA. Tak cukup dengan MARA, dihentamnya FELDA. Tak cukup dengan FELDA, dihentamnya Datin Seri Rosmah. Tak cukup dengan Datin Seri Rosmah, dihentamnya Pegawai yang menjaga Datin Seri Rosmah. Lagi menjadi-jadi Penfitnah dan Zombie-Zombienya menekan Dato' Seri Najib untuk pergi bercuti semasa siasatan. Kenapa? Agar dapat mereka meletak boneka-boneka (proxies) mereka untuk memegang tampuk kepimpinan negara sebagai langkah untuk kemenangan Pilihanraya ke-14 pada tahun 2018 ataupun lebih awal jika mereka mahu. 


Langkah-langkah ini semua bukannya baru. Pemusnah-pemusnah negara seperti Amerika Syarikat memang sudah lama guna 'tactic' ni. Tengok sahaja di Iraq tu. Dituduhnya kononnya ada senjata pemusnah massa (Weapons of Mass Destruction - WMD) di mana mereka menakluk Iraq demi kekayaan minyak dan untuk menghancurkan umat Islam. Walaupun selepas itu terbukti bahawa Iraq tidak mempunyai WMD, ianya sudah terlambat. Iraq sudah jadi bubur! Amerika Syarikat tetap berada di situ membaham hasil petroleum dan gas Iraq. Tidak ada satu pun kuasa besar Dunia menghukum Amerika Syarikat kerana sifat penyamunnya yang terang-terang diperlakukan mereka. Permainan yang sama inilah yang sedang dipentaskan di tanah tumpahnya darah kita Malaysia.

Dahulu pernah saya sibuk berbising-bising bahawa sememangnya penakluk moden yang bergelar 'Economic Hitman' sedang mancari jalan memusnahkan Malaysia (Pada tahun 1997/98), tetapi orang hanya mentertawakan saya. Cubalah baca buku the Confessions of an Economic Hitman oleh John Perkins. Di dalam buku tersebut sememangnya mereka ini akan menjatuhkan sesebuah negara melalui kepincangan ekonomi, ketidakstabilan politik, ketenteraan ataupun pembunuhan. Mintak simpang Malaikat 44 supaya mereka ini tidak sampai ke tahap 3 dan 4. Harus kita semua ingat bahawa kita ini sedang di dalam keadaan fitnah akhir zaman di mana Rasullallah pernah menceritakan yang di akhir zaman, fitnah yang besar akan mudah dibuat melalui jari-jemari (dan bukan mulut) sehingga ianya tersebar dengan meluas keseluruh Dunia dengan pantasnya - ahem, ahem,.... media sosial? 'Keyboard Warriors'?

Maka di manakah kedudukan kita sekarang sebagai Rakyat marhain Malaysia? Adakah kita membenarkan diri kita dipengaruhi oleh Penfitnah sehingga kita menjadi Zombie mempercayai apa jua fitnah yang ditaburkan bagaikan anak ayam yang memakan biji-bijian? Adakah kita membabi buta menyokong Kerajaan tanpa menyoal apa yang silap dan salah? Ataupun, adakah kita berhemat dengan hanya membuat keputusan apabila maklumat dan siasatan sudah lengkap di kumpul dan diperbincangkan melalui saluran undang-undang yang betul dan saksama? Ya memang Dato' Seri Najib kadang-kala agak bersahaja dan berlembut tetapi ini tidak bermakna beliau itu dungu ataupun lemah. Setakat ini Dato' Seri Najib berdiri teguh menangani masalah satu hari demi satu hari dengan langkah yang waspada, tepat dan menyebelahi undang-undang tanpa melontar kembali tuduhan ataupun tohmahan sekiranya beliau tidak mempunyai bukti yang telah diperiksa oleh pihak yang berkuasa. Tidakkah ini satu langkah yang lebih mendatangkan logik tanpa niat menghasut? Selepas ini apa lagi yang Si Penfitnah mahu lontarkan? Pada firasat saya, wayang ini belum berakhir. Sang Arjuna masih belum melepaskan panahnya. Kita saksikan sambungan drama sensasi ini, 'Rancangan Menjatuhkan Najib'.

Maka di manakah kedudukan kita sekarang sebagai Rakyat marhain Malaysia? Adakah kita membenarkan diri kita dipengaruhi oleh Penfitnah sehingga kita menjadi Zombie mempercayai apa jua fitnah yang ditaburkan bagaikan anak ayam yang memakan biji-bijian? Adakah kita membabi buta menyokong Kerajaan tanpa menyoal apa yang silap dan salah? Ataupun, adakah kita berhemat dengan hanya membuat keputusan apabila maklumat dan siasatan sudah lengkap di kumpul dan diperbincangkan melalui saluran undang-undang yang betul dan saksama?



~~~~~


No comments:

Post a Comment