Friday 3 July 2015

Apa Cerita Sensasi Politik Malaysia Tanggal 3 Julai 2015?



Kadang-kadang penat jugak nak membaca propaganda dan kemudian nak proses otak ni biar seimbang. Kalau penghasut-penghasut tidak berleluasa dengan propaganda, hidup aman tiada zombie.



Keadaan Malaysia semakin tenat dengan pergolakan politik yang penuh dengan permainan kotor. Setiap pihak mengorat langkah menuduh satu sama lain. Rakyat masih ternga-nga tidak tahu siapa yang perlu mereka percayai. Mereka bagaikan zombie yang kehausan daging. Selalunya saya cuma membaca suratkhabar di waktu malam kerana sibuk dengan tugas pejabat pada siang hari. Hari ini entah kenapa awal-awal lagi sudah saya baca New Straits Times (NST). Walaupun akhar ini (NST) sudah tidak digemari ramai, saya masih membacanya kerana ianya konsisten dalam menyalurkan maklumat-maklumat penting mengenai polisi-polisi kerajaan dan perkembangan ekonomi Negara secara seimbang. Mungkin ini lebih selamat dari membace laman media social atau blog yang penuh dengan fitnah dan tohmahan. Saya juga telah mengambil kesempatan menggabungkan maklumat-maklumat dari NST dengan berita-berita lain yang saya perolehi dari sumber laman social untuk menggubal permahaman yang seimbang seperti berikut:
MARA: Biarkan Siasatan Berjalan Dengan Lancar
Apa cerita Malaysia tanggal 3 julai 2015? Muka surat depan mempunyai gambar bangunan Dudley International House di Melbourne menceritakan skandal tuduhan penyalahgunaan wang oleh anak syarikat MARA, Mara Inc. membeli bangunan tersebut pada harga yang terlampau mahal dengan lebihan AUD4.75 juta (RM51.4 juta) - lantas tuduhan pecah amanah dan penyelewengan wang. Jawatankuasa tinggi MARA telah menggantung Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Mara Inc. - Datuk Mohammad Lan Allani dan Datuk Abd Halim A. Rahim. Sekali pandang, pihak zombie akan terus melompat macam katak kena sula sambil berkata, "Hah... itu dia muka-muka songlap.".

Tapi sebenarnya bukan harus begitu. Secara adilnya ini bermakna ianya satu langkah yang tepat dan berhemah. Mereka akan bekerjasama dengan pihak penguatkuasa dan penyiasat, iaitu MACC dan juga PricewaterhouseCoopers (PwC). Langkah ini BUKAN bermakna yang mereka itu bersalah. Kita harus sabar menunggu hasil penyiasatan MACC dan PwC terlebih dahulu. Moga-moga kebenaran akan dapat ditemui.

FITCH RATINGS: Malaysia Memperkukuhkan Status Ekonominya
Fitch Ratings baru-baru ini ada mengeluarkan laporan ke atas Malaysia di mana Malaysia telah dinaik taraf dari kategori Negatif ke Stabil dengan gred A-. Malah World Bank dan World Economic Forum juga melaporkan perkara-perkara yang positif mengenai ekonomi Malaysia. Ini dibuat berasaskan kepercayan Fitch Ratings dengan halatuju pengurusan Negara yang efektif. Buktinya adalah dari pertumbuhan ekonomi pada tahap 6% untuk tahun 2014 yang jauh lebih baik dari Eropah yang hanya berada pada tahap 1.5%.

Inilah dia hasil dari Program Transformasi Ekonomi, penyusunan semula cukai pengguna (GST) dan pengurangan subsidi yang diolah Kerajaan Malaysia. Dengan ini juga, Ringgit Malaysia yang sebelum ini lemah pada tahap lebih dari 3.80 berbanding USD kini naik ke tahap 3.74. Bursa Saham Malaysia juga menunjukkan perkembangan positif pasaran saham yang kini naik sebanyak 29 mata. Semua ini akan menggalakkan pelabur luar untuk kembali ke Malaysia di mana, untuk 2014 sahaja kita sudah mencatat 11% pertumbuhan pelabur, dan untuk suku tahun pertama 2015 sahaja kita sudah memperolehi RM51.4 bilion pelaburan.

Selepas membaca semua ini, saya agak hairan kenapa sesetengah pihak masih mempertikaikan kekuatan ekonomi Malaysia dan hanya menyalak mengenai Ringgit yang lemah macam anjing yang kena sula.
MACC: Kenapa Rakyat Masih Tidak Percaya Kepada Integriti MACC?
MACC, atau nama panjangnya, Malaysian Anti Corruption Commission, atau nama Melayunya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), semakin sibuk menyiasat macam-macam tohmahan termasuk 1MDB, MARA dan banyaklah lagi. Ada pulak set-set yang mengatakan MACC adalah berat sebelah, ataupun "biased". Kononnya Perdana Menteri menguasai MACC untuk menyembunyikan segala macam bukti yang dapat menjatuhkannya. Inilah dia perangai zombie itu tadi. Main langgar aje semua nak dituduhnya.

Hari ini, dalam NST, Pengerusi "Select Committee on Corruption", Tan Sri Abu Zahar Ujang, yang juga Pengerusi Dewan Negara, mempertahankan integriti MACC. Tan Sri berkata, "MACC tidak menerima atau berkuatkuasa atas arahan ahli-ahli politik terutamanya Perdana Menteri." MACC tidak memilih isu yang mana harus ia siasat. MACC akan menyiasat apa jua tuduhan yang dilontar sesiapa sahaja mengikut Akta SPRM 2009. Tan Sri juga mengingatkan semua bahawa MACC mendapat petunjuk dari "Select Committee" yang mempunyai ahli dari Ahli Dewan Rakyat dari pelbagai parti. Ini menunjukkan ianya tidak bersikap berat sebelah.

1MDB: Sudah Dijawab Tapi Masih Menanyakan Soalan Yang Sama Berulangkali

Hari ini surat khabar NST melaporkan 2 perkhabaran mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Yang pertamanya perkembangan kesahihan dokumen-dokumen yang digunakan oleh Sarawak Report untuk menuduh 1MDB melakukan transaksi-transaksi yang di luar kuasanya. Seorang warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo, bekas pekerja PetroSaudi International, yang baru-baru ini ditangkap oleh pihak polis Thailand kini masih di dalam siasatan. Xavier dikatakan mengubahsuaikan dokumen tersebut untuk memperkuatkan tuduhan-tuduhan Sarawak Report. Kini, polis Malaysia sudah berhubungan dengan polis Thailand di mana, Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sudah bermesyuarat dengan Ketua Polis Negara Thailand, Chaktip Chaijinda.

Hal yang keduanya ialah mengenai Tony Pua. Presiden 1MDB, Arul Kanda, kini sudah bersuara menyatakan kekesalan beliau terhadap sesetengah pihak termasuk Tony Pua, Tun Mahathir, The Edge dan ramai lagi, yang masih berulang-ulang kali menyalak menanyakan soalan-soalan yang sama hanya kerana mereka mahu mengekalkan momentum propaganda menjatuhkan Kerajaan. Persoalan-persoalan itu semua telah pun dijawab oleh 1MDB terutamanya persoalan, "Di Mana RM42 Bilion?" Arul amat kesal dengan Pua kerana Pua tidak bersikap objektif sebagai seorang ahli badan pelbagai parti, PAC, ataupun "Public Accounts Committee", yang bertanggungjawab mendapat laporan dari Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB. Pua seakan-akan tidak endah tentang kerjasama 1MDB dalam membantu pelbagai pihak yang sedang menyiasat, iaitu, Jabatan Audit Negara, Bank Negara Malaysia, MACC dan juga pihak polis. Malah pihak Jabatan Audit Negara akan mengemukakan laporannya mengenai 1MDB kepada PAC pada 9 Julai 2015 nanti.
PAKATAN RAKYAT - Sudah Luput?
Apa yang akan terjadi kepada Pakatan Rakyat (PR)? Adakah ia sudah luput? Kebanyakan Rakyat Malaysia menyokong padu perjuangan PR sehinggakan Pilihanraya 2013 mencatatkan 51% undian popular. Namun, PR masih kalah disebabkan Barisan Nasional (BN) memenangi 51% kerusi parlimen. Baru-baru ini Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyuarakan bahawa jika pihak kepimpinan Parti Islam Semenanjung (PAS) tidak mahu terus berganding bahu bersama Democratic Action Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), pihaknya, iaitu PASMA, segelintir ahli PAS yang tidak lagi sehaluan dengan pucuk kepimpinan PAS, akan kelak mewujudkan parti politik yang baru untuk berganding bahu dengan DAP dan PKR. Ada juga yang menilik yang mungkin set-set ini akan menjadi ahli DAP terus. Kalau pada tahun 2013 PR mendapat 51% undian popular, dengan terbelahnya PAS kepada dua, mungkin mereka hanya akan mendapay 40% sahaja pada tahun 2018? Apatah lagi jika PAS bergabung dengan BN - itupun kalau BN mahu kerana tahun 1977 membuktikan PAS tidak boleh dipercayai lagi - untuk sapa-sapa yang masih ingatlah - yang tua.

NST melaporkan hari ini yang Lim Guan Eng membuat deklarasi bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak lagi digelar Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Ianya hanya bergelar Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini adalah kerana peristiwa perpecahan PR ekoran pertelingkahan di antara DAP dengan PAS di mana pada 24 Mac baru-baru ini DAP tidak lagi mahu bekerjasama dengan PAS kerana berlainan pendapat mengenai hal-hal Hudud di Kelantan dan juga pergolakan pencalonan Menteri Besar Selangor. Ahli Eksekutif Kerajaan Pulau Pinang (Exco), di dalam mesyuarat Exco, telah sebulat suara meluluskan 3 resolusi iaitu (1) Tidak menerima keputusan PAS untuk menolak kerjasama DAP; (2) PR tidak lagi wujud; dan (3) Terus meneraju Pulau Pinang menggunakan polisi-polisi yang digubal PR pada tahun 2009 dan juga manifesto PR untuk Pilihanraya 2013 dahulu.



Takat itulah saja aku larat nak baca. Kadang-kadang penat jugak nak membaca propaganda dan kemudian nak proses otak ni biar seimbang. Kalau penghasut-penghasut tidak berleluasa dengan propaganda, hidup aman tiada zombie.


~~~~~

No comments:

Post a Comment