Tuesday 21 July 2015

1MDB Ceburi Industri Tenaga Yang Lumayan : Positif Untuk Rakyat



19,576 megawat akan boleh diperdagangkan sesama negara-negara ASEAN menjelang 2025. Ini adalah tahap yang amat lumayan. Stesen janakuasa gas 'combine cycle' Tenaga Nasional di Melaka pun baru boleh menjana 300 megawat. Stesen janakuasa arang batu Tanjung Bin boleh menghasilkan sehingga 1,000 megawat, Bayangkan berapa stesen janakuasa diperlukan untuk menjana 19,000 megawat? Tidakkah ini lumayan?


1MDB merupakan satu nama yang paling popular tahun ini. Rakyat semakin keliru dengan pelbagai tohmahan. Ada yang beralaskan fakta dan ada yang propaganda semata-mata. Walau bagaimana pun, sebagai Rakyat, kita mempunyai hak untuk diberi tunjuk ajar kenapa 1MDB ini diwujudkan. Ini adalah satu topik yang amat meluas sekali kerana ia merangkumi hal-hal syarikat asal, Terengganu Investment Authority (TIA), pelbagai transaksi kewangan yang canggih dan juga pelbagai industri seperti tenaga dan pembangunan 'realty'. 

Baru-baru ini saya terbaca satu pergerakan yang amat ketara sekali untuk industri tenaga. Ini terus membuka minda saya tentang betapa lumayannya jika kita berurus-niaga di dalam industri ini. Langsung saya teringatkan 1MDB yang kini memiliki stesen-stesen penjanakuasa elektrik yang dibeli dari Tanjung Energy kepunyaan orang kaya Ananda Krisnan. Secara logiknya, jika 1MDB ini dimiliki Kerajaan, sudah tentu keuntungan ini dapat diagihkan untuk kebaikan Rakyat melalui pelbagai pembangunan negara. Maka, jika 'prospect' perniagaan yang diceburi 1MDB ini amat positif, sudah tentu ianya akan melimpahkan lagi kebaikan kepada Rakyat. Saya beranggapan, nilai positif perniagaan 1MDB perlu diketengahkan kerana ada pihak-pihak tertentu mempersoalkan mengapa 1MDB membeli aset-aset tenaga ini daripada Ananda?

Apakah yang telah membuka mata saya? Jawapannya ialah Asean Power Grid (APG) seperti yang dihuraikan di dalam the Business Times tanggal 24 Jun 2015 di dalam muka surat B5 seperti yang sudah saya ringkaskan berikut:


APG mula diperbincangkan oleh pemimpin-pemimpin negara-negara ASEAN pada tahun 1997. Kesemua pemimpin pihak berkuasa tenaga negara-negara ASEAN (Heads of ASEAN Power Utilities Authorities, atau HAPUA) baru-baru ini bermesyuarat di Melaka untuk kali ke-31. Kesemua pemimpin-pemimpin HAPUA ini bersetuju bahawa hala tuju untuk APG perlu direalisasikan secepat mungkin. Mereka saling bersetuju untuk berganding bahu sesama negara untuk mempercepatkan lagi implimentasi APG. Ini adalah kerana sesetengah negara ASEAN mempunyai lebihan tenaga yang banyak seperti arang batu dan gas dan sesetengah negara pula amat memerlukannya sebagai impot kerana kekurangan yang ketara.

Dengan ini, HAPUA akan menyokong ASEAN Connectivity Plan di mana grid-grid tenaga akan disambungkan dari negara ke negara untuk tujuan mewujudkan satu jaringan untuk pembekalan tenaga di antara negara-negara tersebut. Dengan adanya jaringan ini, tenega yang berlebihan dapat diagihkan ke kawasan di mana tenaga berkurangan dan sekaligus mewujudkan sumber ekonomi yang baru dan lumayan untuk negara yang membekal dan merancakkan lagi pertumbuhan perindustrian negara yang membeli. Mengikut kajian oleh HAPUA, sebanyak 19,576 megawat akan boleh diperdagangkan sesama negara-negara ASEAN menjelang 2025. Ini adalah tahap yang amat lumayan. Stesen janakuasa gas 'combine cycle' Tenaga Nasional di Melaka pun baru boleh menjana 300 megawat. Stesen janakuasa arang batu Tanjung Bin boleh menghasilkan sehingga 1,000 megawat, Bayangkan berapa stesen janakuasa diperlukan untuk menjana 19,000 megawat? Tidakkah ini lumayan?

Apakah maksudnya sumber ekonomi yang lumayan? Sekali fikir, ianya melambangkan kekayaan. Dalam konteks yang sebenarnya, ianya adalah pembasmi kemiskinan sesetengah negara ASEAN. Sebagai contohnya Laos di mana mereka kini akan membekalkan lebih 2,000 megawat dari jumlah pengeluaran negaranya sebanyak 3,000 megawat untuk disalurkan kepada negara pembeli seperti Thailand dan Combodia dan juga Singapura melalui grid di Malaysia. Bukan sahaja Laos yang akan mendapat untung, malah Malaysia juga kerana membekalkan perkhidmatan pengagihan melalui grid Tenaga Nasional. Malah, Malaysia dan Indonesia pun sudah mula Projek Pekan-Baru di mana saluran tenaga akan diwujudkan dari Melaka ke Sumatera. Malaysia dengan Thailand juga sudahpun mempunyai saluran tenaga dari Sadao ke Bukit Keteri, dari Khlong Ngae ke Gurun, dari Su Ngai Kdok ke Rantau Panjang dan dari Khlong Ngae ke Gurun Fasa 2.

Banyak lagi jaringan saluran tenaga akan diwujudkan diantara Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand. Jaringan ini pula akan digabungkan dengan jaringan-jaringan lain di antara negara-negara ASEAN yang lain di mana Malaysia akan dapat menyalurkan tenaga lebihannya kepada kesemua negara-negara ASEAN dan juga menyalurkan tenaga dari negara-negara ASEAN yang lain ke negar ASEAN yang lain melalui grid di Malaysia. Ini akan mewujudkan satu perkembangan industri yang amat ketara di mana, jika kesemua negara-negara ASEAN berganding bahu, mereka mungkin dapat membekal tenaga ke luar ASEAN seperti China, Jepun, India dan juga Australia.


Cubalah anda bayangkan betapa besarnya industri ini apabila ianya matang pada tahun 2025 nanti. Alangkah ruginya jika Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk membangun bersama pergerakan ini? Tenaga Nasional sahaja tidak mencukupi. Kesemua pengeluar tenaga di Malaysia ini perlu mengambil kesempatan ini dari sekarang. Tidak kiralah samada ianya Genting Sanyen, atau YTL, atau Malakof, atau mana-mana syarikat sekali pun, ini adalah pergerakan industri yang perlu diceburi. Untuk Rakyat Malaysia, peluang ini diceburi oleh Kerajaan melalui pegangannya di dalam 1MDB yang kini memiliki stesen-stesen janakuasa tenaga yang dibeli dari Ananda Krishnan. 

Pada mulanya saya juga terfikir juga kenapalah kita bayar mahal-mahal kepada Ananda tetapi sekarang barulah saya faham. Kita asyik memikirkan tempoh lesen 'Power Purchase Agreement' (PPA) dan tidak membuka minda untuk memahami apa peluang perniagaan yang ada di masa hadapan. Sebenarnya stesen-stesen janakuasa tersebut mempunyai jangka hayat teknikal yang jauh lebih panjang dari jangka hayat PPA. PPA hanyalah jangkahayat lesen. Jika 1MDB itu adalah milikan Kerajaan dan tenaga Nasional juga sebuah syarikat pegangan Kerajaan yang ketara, sudah tentu tidak ada masalah bagi lesen PPA itu dipanjangkan tempohnya untuk selama jangka hayat teknikal stesen-stesen janakuasa tersebut. Jika lesen tidak diperbaharui sekali pun, 1MDB masih boleh meragut keuntungan sekiranya ia berkecimpung di dalam industri tenaga yang dirancangkan oleh HAPUA dalam merealisasikan APG di serantau ASEAN ini.






~~~~~


No comments:

Post a Comment