Showing posts with label Subsidi. Show all posts
Showing posts with label Subsidi. Show all posts

Thursday, 1 October 2015

Membenteras Kebodohan Zombie Facebook Bernama Wan Emdibi



Facebook User WAN EMDIBI sememangnya bodoh kerana tidak memahami pendekatan ekonomi negara secara menyeluruh. Saya sudah memberi komen berikut kepada beliau sebagai tindakbalas kepada post Facebooknya yg kurang kebijaksanaan.

~~~~~

Minyak kita gred tinggi low plumbum. Minyak kita crude pun lagi mahal dari imported oil yg processed. So lebih wajar kita pakai minyak import dari Middle East. Minyak kita dieksport keluar so that dapat keuntungan pada negara melalui Petronas. Petronas bayar dividen to Gomen. Gomen guna duit tu untuk pembangunan negara, budget setiap tahun, RMK11 dan sebagainya. Kalau nak jugak pakai minyak sendiri, lagi mahal buat apa? Ekoran cold war China-Russia-USA pasal minyak, world oil supply tetiba naik dan dengan itu price jatuh. Bila price jatuh, negara yg import dari Malaysia sekarang tak perlu beli banyak Ringgit. So Ringgit jatuh. Kena pulak USD naik. So minyak yg kita import jadi mahal. So kena lah buat price adjustment. Kenapa dulu tak payah? Sebab..... dulu bila price minyak naik je Gomen cover dgn subsidi. Sekarang bila keadaan kewangan tenat, gomen terpaksa potong subsidi minyak. Lagi pun subsidi minyak benefit majoriti kepada IPP kroni yg dah lebih 20 tahun dapat untung. Serupa tak yah. Rakyat yg patut benefit. So cancellah subsidi. Macamana nak kasi balik kepada rakyat?... rakyat yg miskin? Itulah adanya BR1M. BR1M bukan wang untuk beli undi. Ianya untuk yg miskin supaya Diaposable Income mereka naik dan dengan itu, Consumption Expenditure pun naik... dan dengan itu GDP negara pun naik... ekonomi akan stabil. Ni semua inter related dan perlu pendekatan menyeluruh. Takat nak komen negatif dari satu persepktif memang tak patut. Agak-agak lah sebelum nak komen. Biar fakta ada ilmu. Jangan nak main propaganda politik tak tentu hala. Harap maklum dan harap sedar sikit.

~~~~~

Post Facebook yang kurang kebijaksanaannya adalah seperti berikut:


Lu pikir lah sendri.... hehehhehe....

Saturday, 22 August 2015

Marhain Memahami Ekonomi Malaysia?



Marhain memahami ekonomi Malaysia? Mungkin marhain terlalu taksub mendengar penghasut anti-Kerajaan yang menuduh setiap hari secara negatif segala usaha Kerajaan untuk mengurus ekonomi Malaysia. Marhain perlu belajar sedikit sebanyak ekonomi Malaysia sebelum meroyan di dalam Facebook tak tentu hala bagaikan kera tertelan putik durian. Apakah 10 perkara penting dan mudah yang perlu marhain fahami?

1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ataupun Gross Domestic Product (GDP) Malaysia dijangka akan menjangkau 4.5% - 5.5% untuk 2015 seperti yang dilaporkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Wahid Omar. Apakah maksudnya? Ia bermakna penduduk Malaysia akan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan pada kadar pertumbuhan tersebut di mana ianya mencerminkan pengguna barangan dan perkhidmatan di Malaysia yang masih mampu berbelanja dan dengan itu, menjadi pemangkin untuk pengeluaran berterusan pada pertumbuhan yang positif. Adakah 4.5% - 5.5% baik? Di kala ekonomi dunia yang merosot seperti Eropah pada tahap 1.5%, rasanya 4.5% - 5.5% adalah memuaskan.

2. Ringgit yang rendah pada tahap RM4.1 kepada setiap USD tetapi bukan kepada matawang asing yang lain kerana matawang asing yang lain juga mengalami kejatuhan. Malah untuk tempoh 5 tahun kebelakangan, Ringgit jatuh sebanyak 30%, tidak seteruk matawang negara lain terutamanya negara-negara membangun seperti BRICS (Brazil, Rusia, Indonesia, China dan Afrika Selatan) yang matawangnya jatuh antara 30% ke 60%. 

3. Dari segi ekspot, adakah kejatuhan Ringgit baik atau buruk? Kenapa Ringgit jatuh? Kerana 2 perkara mustahak iaitu (1) berkurangnya negara asing membeli Ringgit akibat kejatuhan harga minyak dunia di mana Malaysia amat bergantung kepada ekspot minyak; dan (2) berkurangnya pembelian Ringgit akibat pengurangan impot barangan Malaysia oleh China setelah China menjatuhkan nilai Yuannya. Adakah ini baik atau buruk? Banyak barangan dan perkihidmatan ataupun hutang di dalam USD akan merugikan orang Malaysia tetapi dari segi ekonomi keseluruhannya, apabila Ringgit menjadi murah, ia akan meningkatkan ekspot  barangan bukan hasil minyak Malaysia ke negara asing kecuali China. Ini akan membaik pulihkan kembali kestabilan Ringgit apabila negara asing perlu beli Ringgit untuk membayar barangan ekspot Malaysia. Ini amat releven kerana 76.6% ekspot Malaysia datangnya dari barangan perkilangan. Walaupun impot menjadi lebih mahal, perlu diingat bahawa Malaysia mempunyai lebih banyak ekspot dari impot.

4. Rizab negara berada pada tahap yang sihat di mana pegangan matawang asing terutamanya USD oleh Malaysia berada pada tahap yang membolehkan pembayaran impot selama 7.6 bulan. Ini bermakna impot tidak akan tergendala selama 7.6 bulan maka rakyat Malaysia masih boleh mengguna barangan impot seperti beras dari Thailand dan sebagainya. Adakah 7.6 bulan memadai? 7.6 bulan adalah tahap yang selamat jika dibandingkan kepada piawaiaan dunia oleh World Bank pada tahap 6 bulan.

5. Tahap pelaburan asing kita kini berapa pada tahap RM22.4 bilion berbanding RM17.8 bilion. Ini bermakna pelabur dari negara luar yakin untuk melabur ke dalam Malaysia. Dengan peningkatan pelaburan ini maka makin rancaklah pertumbuhan ekonomi kerana semakin banyak wang di dalam sistem wang tempatan, semakin banyak aktiviti-aktiviti pengeluaran barangan dan perkhidmatan dapat dijalankan.

6.  Tahap pekerjaan juga mustahak untuk mengukur kekuatan ekonomi. Setakat ini, tahap rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pekerjaan adalah 3%. Ini adalah satu tahap yang rendah. Malah, semakin banyak warga asing memasuki Malaysia untuk bekerja. Dengan tingginya tahap pekerjaan, lebih banyak kemampuan Rakyat untuk membeli barangan dan perkhidmatan dan secara langsungnya meningkatkan aktiviti ekonomi negara.

7. Pengurangan subsidi telah banyak disambut dengan negatifnya oleh rakyat. Apa yang rakyat perlu tahu ialah rakyat sudah terlampau dimanjai oleh subsidi. Selama ini rakyat asyik membeli dengan murah barangan seperti minyak, gula dan sebagainya adalah kerana Kerajaan membayar perbezaan antara harga yang dibayar oleh rakyat dengan harga sebenar pasaran yang jauh lebih tinggi. Ini memakan dengan rakusnya wang Kerajaan yang dikutip dari pelbagai cukai. Dengan itu, makin berkuranganlah wang untuk pembangunan seperti membina jalan, landasan keretapi, MRT, sekolah dan juga menampung bala seperti banjir dan seumpamanya. Kerajaan perlu bertanggung-jawab untuk menentukan bahawa wang ada dengan cukupnya untuk membiayai pembangunan negara. Walaupun dengan kesuntukan wang, Kerajaan masih boleh mengekalkan defisit budget yang rendah pada tahap 3% - 4%. Defisit budget ialah kedudukan belanjawan negara di mana wang yang dibelanjakan untuk negara berlebihan dari kutipan cukai dan pendapatan Kerajaan yang lain.

8. Cukai barangan dan perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST) adalah kesinambungan dari usaha Kerajaan untuk menentukan wang yang cukup untuk pembangunan negara. GST bukan cukai baru tetapi cukai pengganti untuk cukai jualan. Dengan adanya GST, Kerajaan dapat meningkatkan kutipan cukainya sebanyak RM5.6 bilion untuk 2015. Ini membolehkan pembiayaan pembangunan termasuk menolong rakyat miskin dengan sumbangan BR1M  yang dijangka akan meningkatkan perbelanjaan pengguna demi pertumbuhan ekonomi. Dengan GST ini juga Kerajaan dapat mengurangkan kes-kes penipuan cukai selama ini kerana GST dikenakan pada peringkat berlakunya penjualan. Ini juga meningkatkan cukai kepada mereka yang kaya dan yang berbelanja lebih dari yang miskin kerana rakyat cuma dikenakan GST apabila membeli-belah.

9. Malaysia tidak boleh bergantung kepada sumber tempatan semata-mata dalam mencari sumber pendapatan. Malaysia perlu bekerjasama dengan pelabur-pelabur asing untuk menjelajah sumber ekonomi tidak kira di dalam atau luar negara. Sebagai contohnya bekerjasama dengan Kerajaan Timur Tengah untuk penjelajahan minyak dan juga pembangunan tanah bersama Kerajaan Australia. Ini semua dilakukan oleh Kerajaan melalui pelbagai syarikat kepunyaan Kerajaan seperti Khazanah dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Oleh itu rakyat perlu objektif dalam menilai peranan syarikat-syarikat tersebut dan tidak membuta tuli mempercayai pelbagai tuduhan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

10. Pihak yang tidak bertanggungjawab juga melakukan tuduhan terhadap Kerajaan bukan dengan matlamat yang jujur. Mereka mahu merosakkan reputasi Kerajaam demi kepentingan politik mereka. Ini akan menggoyangkan kestabilan politik negara dan seterusnya menrosakkan kestabilan ekonomi negara. Adalah tidak wajar jika perubahan politik diterajui melalui acara-acara yang tidak mengikut Perlembagaan dan undang-undang. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjaga ketenteraman negara. Ini adalah kerana landskap politik memainkan peranan yang penting sebagai pencorak arah ekonomi sesebuah negara. Perlu diingatkan bahawa rakyat masih berkuasa untuk mengubah Kerajaan tetapi ianya perlulah dilakukan dengan cara yang betul seperti di Pilihanraya Umum yang dijangka akan berlangsung pada tahun 2018.


~~~~~

Wednesday, 1 July 2015

Transformasi Untuk 2020: Maka Subsidi Minyak Dikurangkan



Harga minyak semalam naik 10 Sen. Habis mengamuk semua satu Malaysia. Kononnya kerajaan kejam kerana menghukum rakyat. Dituduhnya kerajaan tidak mengurus negara dengan baik sehingga Ringgit Malaysia menjunam jatuh pada tahap 3.74 Ringgit untuk setiap USD. Dengan keadaan Ringgit yang lemah itulah harga minyak terpaksa dinaikkan walaupun harga minyak dunia sedang menurun. 

Hakikatnya kerajaan perlu waspada dalam menentukan tahap subsidi minyak. Jika terlampau mengikut kesan pertukaran wang sepenuhnya, terlampau banyaklah tanggungan subsidi sehingga mengurangkan tabung untuk kegunaan negara yang lain seperti pembangunan negara. Makin dilayanya subsidi, makin bankrap Malaysia ni nanti - kalau diikutkan Dato' Seri Idris Jala lah. Maka, subsidi minyak dikurangkan dan harga minyak di Malaysia naik kerana pertukaran USD-Ringgit yang lemah.

Kita perlu prihatin. Pengurangan subsidi adalah salahsatu langkah untuk menyediakan Malaysia untuk menjadi negara terbangun yang berpendapatan tinggi menjelang 2020. Pengurangan subsidi ini juga adalah salah satu faktor yang menolong Malaysia mempunyai 'rating' yang stable apabila ekonominya dibuat penilaian oleh Fitch Ratings semalam - "LTFC A- Stable" dengan pertumbuhan purata ekonomi sebanyak 5.8% setahun untuk 2010-2014, iaitu 4 kali ganda berbanding Eropah yang hanya berada pada tahap 1.5% sahaja. Selanjutnya Malaysia sudah mengurangkan defisit fiskalnya dari 4.6% pada tahun 2013 ke 3.8% pada tahun 2014.

Sebenarnya agak susah untuk rakyat marhaen memahami mengapa perlunya subsidi dikurangkan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Ini perlu diterangkan dengan terperinci. Alhamdulillah saya ada pula terbaca status Facebook seorang professional kewangan, Encik Saiful Bahari Baharom, mengenai perkara ini. Maka wajarlah jika penjelasan beliau saya kongsikan di sini untuk pemahaman marhaen sejagat. Terimalah penjelasan beliau seperti di bawah:


~~~~~


APA DIA NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI?
Oleh Saiful Bahari Baharom

Saya setuju apabila membaca beberapa komen yang mengatakan rakyat negara ini mungkin belum bersedia menerima kehidupan di dalam sebuah negara berpendapatan tinggi.

Di dalam sebuah negara berpendapatan tinggi, rakyat seharusnya lebih berpengetahuan, lebih berdikari, lebih berhemah sebagai seorang pengguna dan juga mengetahui hak-hak sivilnya.

Oleh kerana kehidupan di Malaysia dibendung dan dilindungi dengan pelbagai subsidi dan undang-undang dan dengan pemerintahan berdasarkan falsafah "Government knows best" sejak beberapa dekad yang lalu, rakyat negara ini masih "kekok" di dalam menerima-pakai cara hidup yang lebih bebas ini.

Namun, dunia telah bertukar. Ekonomi dunia tidak lagi setenteram seperti dekad-dekad 1990an. Kebangkitan negara China dan negara-negara membangun lain telah meningkatkan harga komoditi asas setelah beberapa tahun di dalam keadaan stabil. Harga minyak yang berlegar sekitar USD18.00 - USD25.00 setong naik mendadak melepasi USD100.00 setong.

2000 $27.39 
2001 $23.00
2002 $22.81
2003 $27.69 
2004 $37.66
2005 $50.04 
2006 $58.30 
2007 $64.20 
2008 $91.48 
2009 $53.48
2010 $71.21
2011 $87.04 
2012 $86.46 
2013 $91.17 
2014 $85.60

Dengan kenaikan harga minyak dan juga kenaikan jumlah pengguna minyak, bebanan subsidi juga meningkat sungguhpun pendapatan kerajaan tidak meningkat pada kadar yang sama. Ini menyebabkan defisit kerajaan meningkat.

Keadaan ini adalah punca utama mendesak kerajaan untuk mula berganjak merelakan tekanan pasaran global masuk ke dalam pasaran tempatan.

Sepatutnya, dengan masa yang sama, rakyat negara ini juga mula menyediakan diri untuk menyelami kehidupan sebuah negara berpendapatan tinggi. Sebuah negara berpendapatan tinggi bukan sahaja melibatkan perubahan di dalam ekonomi tetapi juga pelbagai aspek kehidupan di dalam negara.

Umpamanya, kerajaan sekarang lebih rela tidak masuk campur di dalam kesemua polemik peringkat nasional, berlainan dengan masa dahulu di mana Kerajaan memainkan peranan sebagai 'thought leader". Jika dahulunya Kerajaan bertindak untuk membentuk tata kehidupan rakyat dengan slogan-slogan dan lagu-lagu patriotik, sekarang tidak lagi.

Di dalam sebuah negara berpendapatan tinggi, thought leadership boleh datang dari NGO-NGO, para cendiakawan dan para profesor dan peghuni menara gading, "think tank" dan institusi-institusi ilmiah yang lain.

Antara perubahan lain adalah transformasi di dalam struktur pekerjaan dalam negara di mana industri-industri bernilai rendah tidak digalakkan dan industri-industri yang menggunakan teknologi tinggi, pengetahuan dan kemahiran tinggi menjana ekonomi negara. Industri-industri ini memerlukan bakat-bakat yang sesuai.

Dengan pendapatan wang yang lebih tinggi di kalangan peringkat menengah dan ke atas, aliran wang keseluruh ekonomi dapat dirasai. Para peruncit dan para pembekal perkhidmatan untuk penduduk berpendapatan tinggi juga akan meraih pendapatan yang lebih tinggi.

Kita semua sekarang sedang melalui era perubahan ini. Hasilnya belum dapat dirasai lagi dan ianya akan mengambil masa yang lama - tahun 2020 hanyalah titik permulaan untuk perjalanan kita ke arah pembentukan sebuah negara maju yang sebenarnya.



~~~~~