Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Thursday, 1 October 2015

Membenteras Kebodohan Zombie Facebook Bernama Wan Emdibi



Facebook User WAN EMDIBI sememangnya bodoh kerana tidak memahami pendekatan ekonomi negara secara menyeluruh. Saya sudah memberi komen berikut kepada beliau sebagai tindakbalas kepada post Facebooknya yg kurang kebijaksanaan.

~~~~~

Minyak kita gred tinggi low plumbum. Minyak kita crude pun lagi mahal dari imported oil yg processed. So lebih wajar kita pakai minyak import dari Middle East. Minyak kita dieksport keluar so that dapat keuntungan pada negara melalui Petronas. Petronas bayar dividen to Gomen. Gomen guna duit tu untuk pembangunan negara, budget setiap tahun, RMK11 dan sebagainya. Kalau nak jugak pakai minyak sendiri, lagi mahal buat apa? Ekoran cold war China-Russia-USA pasal minyak, world oil supply tetiba naik dan dengan itu price jatuh. Bila price jatuh, negara yg import dari Malaysia sekarang tak perlu beli banyak Ringgit. So Ringgit jatuh. Kena pulak USD naik. So minyak yg kita import jadi mahal. So kena lah buat price adjustment. Kenapa dulu tak payah? Sebab..... dulu bila price minyak naik je Gomen cover dgn subsidi. Sekarang bila keadaan kewangan tenat, gomen terpaksa potong subsidi minyak. Lagi pun subsidi minyak benefit majoriti kepada IPP kroni yg dah lebih 20 tahun dapat untung. Serupa tak yah. Rakyat yg patut benefit. So cancellah subsidi. Macamana nak kasi balik kepada rakyat?... rakyat yg miskin? Itulah adanya BR1M. BR1M bukan wang untuk beli undi. Ianya untuk yg miskin supaya Diaposable Income mereka naik dan dengan itu, Consumption Expenditure pun naik... dan dengan itu GDP negara pun naik... ekonomi akan stabil. Ni semua inter related dan perlu pendekatan menyeluruh. Takat nak komen negatif dari satu persepktif memang tak patut. Agak-agak lah sebelum nak komen. Biar fakta ada ilmu. Jangan nak main propaganda politik tak tentu hala. Harap maklum dan harap sedar sikit.

~~~~~

Post Facebook yang kurang kebijaksanaannya adalah seperti berikut:


Lu pikir lah sendri.... hehehhehe....

Saturday, 29 August 2015

Bersih 4.0 Penuh Dengan Hipokrasi



Semalam, 29 Ogos 2015, ramai rakyat Malaysia berpakaian kuning membuat demonstrasi Bersih 4.0 di Kuala Lumpur dan juga di sesetengah bandar sekeliling dunia. Mereka mahu meluahkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, atas pelbagai permasalahan yang timbul di Malaysia dewasa ini. Antaranya adalah keadaan ekonomi Malaysia, tuduhan salahguna kuasa dan pecah amanah di 1MDB dan sebagainya.

Sebagai seorang yang rasional, perkara ini perlu difikir dengan matang dan tidak berpandukan emosi dan hasutan pihak-pihak yang hanya bermotifkan politik. Rakyat Malaysia perlu lebih cerdik dan tidak terjerumus di dalam mentaliti kambing dan lembu di kandang seperti yang berlaku di negara-negara lain terutamanya di Timur Tengah. Oleh itu, saya berseru supaya rakyat Malaysia menggunakan otak dengan sewajarnya berpandukan perkara-perkara berikut:

ADAKAH BERSIH 4.0 CARA YANG BETUL MERUBAH KERAJAAN?

Negara kita adalah sebuah negara demokrasi. Kita mempunyai kuasa untuk merubah kerajaan setiap 5 tahun di Pilihanraya Umum (PRU). Adalah wajar jika kita tunggu sehingga 2018 untuk PRU14. Bukankah kita sudah melihat bagaimana berkuasanya rakyat di PRU13 sehingga Barisan Nasional (BN) kalah undi popular? Adakah kita tidak hormat dan tidak yakin dengan sistem demokrasi yang ada? Dengan menangnya majoriti kerusi parlimen, BN telah diberi mandat oleh rakyat, secara sah mengikut perlembagaan, untuk menerajui kerajaan selama 5 tahun. 

Aktiviti Bersih 4.0 tidak menghormati etika ini kerana menyeru untuk Perdana Menteri turun dan sekaligus, bersama-sama pihak pembangkang, ingin menggubal sebuah kerajaan baru. Adakah setiap kali kita tidak berpuas hati kita akan berdemonstrasi untuk merubah kerajaan? Sifat ini dapat melumpuhkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Ia juga dapat melemahkan kestabilan politik dan memerosotkan kekuatan ekonomi negara. Maka dengan kekuatiran inilah saya amat menolak aktiviti Bersih 4.0 dan berpendapat ianya bertentangan dengan aspirasi perlembagaan kita.

ADAKAH TUNTUTAN BERSIH 4.0 WAJAR?

Bersih menuntut agar Perdana Menteri meletak jawatan. Antara sebabnya ialah ekonomi dan tuduhan salahguna kuasa di 1MDB. Kemerosotan ekonomi sesebuah negara sememangnya adalah satu perkara yang saksama untuk rakyat mempersoalkan kerajaan. Tetapi, adakah rakyat sedar bahawa kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk melindungi negara dari kemerosotan yang berlanjutan? Antara usaha kerajaan itu dicemuh oleh rakyat sendiri walaupun ianya adalah untuk kebaikan bersama, sebagai contohnya, GST. 

Kerajaan telah mengurangkan subsidi terutamanya minyak dan mengenakan GST supaya negara mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan untuk membangunkan negara seperti MRT, infrastruktur, pendidikan, air, letrik, pertanian, perumahan, pengangkutan, perindustrian dan banyak lagi sepertimana yang telah diperbentangkan di parlimen baru-baru ini untuk Rancangan Malaysia ke-11.

Melalui pelbagai polisi dan pengurusan yang berhemah, kedudukan ekonomi Malaysia dari segi komponen asas adalah berada di tahap yang masih selamat. Antaranya ialah tahap pekerjaan 97%, defisit belanjawan serendah 3.9%, rizab sebanyak USD94 bilion untuk menampung 7.6 bulan nilai impot berterusan, pertumbuhan ekonomi pada tahap 4.5% (jauh lebih tinggi dari Eropah yang mencatat 1.5% sahaja), inflasi serendah 3.2% dan ekspot yang melebihi impot.

Adakah ini satu kedudukan ekonomi yang begitu teruk sehingga perlunya rakyat berdemonstrasi? Tidakkah rakyat menyedari bahawa kerajaan bukan BN (atau bukan pimpinan Dato' Seri Najib) juga mungkin akan berdepan dengan masalah ekonomi yang sama? Pihak yang ingin menghasut akan terus menyatakan ekonomi kita hancur kerana nilai matawang Ringgit amat rendah berbanding USD (USD=RM4.2). 

Tidakkah rakyat sedar bahawa sekiranya di bawah pimpinan orang lain, Ringgit tetap akan merosot kerana ianya dipengaruhi oleh faktor luaran seperti harga minyak dunia yang merosot, polisi fiskal Amerika Syarikat dan juga susutnilai Yuan oleh kerajaan China? Tidakkah rakyat sedar bahawa isu-isu ini telah dijadikan propaganda politik dan telah digaul dan diuli dengan lumatnya bersama hak bersuara rakyat supaya mata rakyat dikaburkan untuk menyokong Bersih 4.0? Tepuk dada tanya selera, "Betul ke Bersih 4.0 ini untuk luahan rakyat? Ataupun satu agenda lincah menjatuhkan kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib?"

Penghasut-penghasut akan lantangnya bersuara bahawa Dato' Seri Najib kotor kerana memakan wang RM2.6 bilion dari 1MDB. Ini adalah satu tuduhan. Adakah ia benar? Saya tidak tahu. Anda semua rakyat Malaysia, semuanya, pun tidak tahu kebenarannya. Adakah apabila kita tidak tahu kebenaran kita dengan lantangnya melaung tuduhan tersebut sehingga sanggup berdemonstrasi untuk menurunkan Perdana Menteri? Ini tidak masuk akal. Apa yang kita tahu? Kita tahu kita ada polis untuk siasat. Kita ada MACC untuk siasat. Kita ada PAC dan Auditornya untuk siasat. Kita ada Bank Negara untuk siasat. Apabila siasatan telah dibuat, maka barulah peguam negara akan mengambil tindakan undang-undang.

Penghasut akan terus dengan lantangnya berdebat bahawa kesemua siasatan itu telah dirogol oleh Dato' Seri Najib apabila beliau menukar jawatan ramai pengsiasat-pengsiasat tersebut. Tanyalah kepada mereka semua adakah mereka tidak setuju? Kesemuanya tidak memberi bantahan. Malahan, bekas Timbalan Perdana Menteri pun tidak menuduh apa-apa pun lagi dan hanya sekadar mempersoal. Siasatan tetap dijalankan. Malah, Tony Pua yang secara konfliknya tidak harus berada di dalam PAC pun masih dibiarkan. Mana-mana Perdana Menteri pun akan membuat apa yang patut supaya orang-orangnya menyokongnya dan tidak menikamnya secara kotor termasuklah menukar jawatan-jawatan tertentu.

Salahkah jika orang-orang yang disyaki berkomplot menggulingkan Perdana Menteri secara tidak sah ditarik keluar? Kalau saya Perdana Menteri pun saya buat. Masih percayakah kita pada dokumen-dokumen dari Sarawak Report apabila pihak polis Thailand dan juga sebuah firma siasatan IT antarabangsa telah mengesahkan bahawa dokumen tersebut tidak sahih? Adakah rakyat akan terus beranggapan bahawa dokumen tersebut masih benar sehingga sanggup berdemonstrasi? Adakah kita tahu bahawa dokumen itu sahih atau tidak? Kita tidak tahu. Maka mengapa kita bertindak tidak rasional untuk berdemonstrasi? Kerana kita dihasut propaganda politik sebenarnya.

NIAT BURUK SESETENGAH PIHAK MELALUI BERSIH 4.0

Telah saya perbentangkan dari segi perlembagaan mengapa Bersih 4.0 ini bertentangan dengan perlembagaan dan rakyat sebenarnya mempunyai cara yang lebih wajar. Telah juga saya perbentangkan mengapa tuntutan Bersih 4.0 ini tidak seharusnya masuk akal kerana fahaman ekonomi telah dipropagandakan bersama skandal 1MDB yang masih belum kita ketahui kebenarannya. Kita perlu celik. Celik kepada kemusnahan yang bakal menimpa kita sekiranya kita terus membodohkan diri mengikut hasutan. Terdapatnya pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab yang mahu memporak-perandakan masyarakat majmuk Malaysia ini. Siapakah mereka ini?

Dengan terang-terang kita dapat melihat penglibatan ahli-ahli politik pembangkang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Azmin Ali dan ramai lagi. Bersih bermula sebagai sebuah NGO yang ingin menyuarakan kekuatiran rakyat mengenai prosedur pilihanraya sebelum ini. Kini ianya menjadi platform untuk berpolitik. Oleh kerana ianya amat meluas, ianya seolah-olah mahu menarik lebih cepat perdebatan pilihanraya yang sepatutnya berlaku pada tahun 2018. 

Ianya seolah-olah mahu melemahkan kerajaan secara berterusan agar kerajaan hilang tumpuan meneraju negara sehinggalah kerajaan gagal dari sekarang sehinggalah 2018. Ini tidak adil. BN telah diberi mandat untuk memerintah maka berilah mereka peluang memerintah dan perlulah kita tunggu sehingga 2018 jika pembangkang ingin bermanifestasi. Itulah dia Bersih 4.0. Satu platform untuk pembangkang menyerapkan ideologi manifestasi politiknya seawal mungkin secara mendadak dengan sinergi tuduhan-tuduhan ke atas pemimpin. 

Butakah rakyat? Tidakkah rakyat nampak agenda pembangkang. Sekali pun jika rakyat menyokong pembangkang, tidakkah mereka sedar ini cara yang kotor? Tidakkah rakyat berasa sangsi dengan hasrat sebenar kuasa luar yang memberi pertolongan kewangan kepada penganjur Bersih 4.0 seperti George Soros dan pihak-pihak lain yang juga bertanggung-jawab meruntuhkan negara-negara lain seperti di Timur Tengah? 

Tidakkah rakyat merasa hairan mengapa Tun Mahathir sanggup turun ke Bersih 4.0 yang sebelum ini beliau cemuh dan bertubi-tubi menembak Dato' Seri Najib setelah Dato' Seri Najib enggan mengikut kehendak beliau seperti wang untuk Proton, penglangjutan PPA untuk IPP kepunyaan kroni-kroni Tun Mahathir yang kaya kerana subsidi minyak, pembinaan jambatan di Johor dan banyak lagi tuntutan Tun Mahathir yang mahu menguasai Dato' Seri Najib sebagai boneka?

Akhir sekali, tidakkah Melayu sedar bahawa Melayulah yang akan kehilangan tanah mereka sekiranya kerajaan BN ini digulingkan. Melalui Bersih 4.0 inilah DAP akan mendapat sokongan yang lebih meluas sehingga suatu hari nanti mereka akan berkuasa dan mengulangi apa yang terjadi kepada Singapura dan Pulau Pinang. 


~~~~~

Saturday, 22 August 2015

Lupakah Kita Kesusahan Ekonomi 1998?



Pada tahun 1998 ekonomi Malaysia jatuh dengan buruknya mencatat pertumbuhan negatif 7.4% bagi Keluaran Dalam Negara Kasarnya. Ini adalah kerana sektor pembinaan jatuh 23.5%, sektor perkilangan jatuh 9% dan sektor pertanian jatuh 6%.

Pada tahun 1998 Ringgit jatuh seteruk 50% dari RM2.50 kepada RM4.84 berbanding USD.

Pada tahun 1998 fedah bank ke aras hutang naik setinggi 18%. Habis semua kereta dirampas bank. Tidak ada sesiapa yang mahu beli kereta pun sehingga lingkup perniagaan kereta terutamanya pasaran kedua.

Pada tahun 1998 pasaran saham di Bursa jatuh seteruk 75% sehingga mencecah 270 mata. Banyak syarikat yang tersenarai bankrap atau hampir bankrap termasuk syarikat Kerajaan seperti Renong-UEM, Taiping Consolidated dan banyak lagi. Inilah penyebabnya kenapa Kerajaan mewujudkan Danaharta untuk pengstrukturan semula hutang korporat.

Pada tahun 1998 pihak bank juga tidak dapat memberi hutang yang mencukupi langsung tidak membolehkan usahawan untuk memperoleh modal untuk perniagaan dan terus mati begitu saja. Malah, pihak bank juga ada yang hampir lingkup maka tertubuhlah Danamodal oleh Kerajaan untuk membantu pihak bank.

Pada tahun 1998 kedudukan rizab negara sangat rendah dengan RM20 bilion yang hanya dapat menampung 2.7 bulan ekspot sahaja. Ini adalah sangat-sangat rendah dari tahap piawaian antarabangsa 6 bulan. Apabila Malaysia meminta pertolongan Singapura, kita tidak diendahkan.

Pada tahun 1998 juga suasana politik Malaysia agak ranap di mana Perdana Menteri membuang timbalannya dan juga menangkap pemuda UMNO di bawah tahanan ISA. Ramai yang berdemonstrasi meluahkan rasa tidak puas hati kepada Kerajaan. Malah pemimpin luar seperti Amerika dan Britain juga mencemuh pemimpin Malaysia dan keadaan semakin teruk apabila pihak media antarabangsa juga menembak reputasi Malaysia terutamanya pemimipin politik.

Pada tahun 2015, kita juga mengalami kebimbangan yang sama tetapi adakah ianya seteruk 1998? Pada tahun 2015 kita mencemuh pemimpin dan mendesak perletakan jawatan tetapi adakah pada tahun 1998 pemimpin meletak jawatan? Pada tahun 2015 kira risau kestabilan politik tetapi pada tahun 1998 bukankah kerana kerisauan itu juga yang kita sama-sama satu Malaysia menyokong pemimpin? Lupakah kita kesusahan ekonomi 1998?


~~~~~