Saturday 22 August 2015

Lupakah Kita Kesusahan Ekonomi 1998?



Pada tahun 1998 ekonomi Malaysia jatuh dengan buruknya mencatat pertumbuhan negatif 7.4% bagi Keluaran Dalam Negara Kasarnya. Ini adalah kerana sektor pembinaan jatuh 23.5%, sektor perkilangan jatuh 9% dan sektor pertanian jatuh 6%.

Pada tahun 1998 Ringgit jatuh seteruk 50% dari RM2.50 kepada RM4.84 berbanding USD.

Pada tahun 1998 fedah bank ke aras hutang naik setinggi 18%. Habis semua kereta dirampas bank. Tidak ada sesiapa yang mahu beli kereta pun sehingga lingkup perniagaan kereta terutamanya pasaran kedua.

Pada tahun 1998 pasaran saham di Bursa jatuh seteruk 75% sehingga mencecah 270 mata. Banyak syarikat yang tersenarai bankrap atau hampir bankrap termasuk syarikat Kerajaan seperti Renong-UEM, Taiping Consolidated dan banyak lagi. Inilah penyebabnya kenapa Kerajaan mewujudkan Danaharta untuk pengstrukturan semula hutang korporat.

Pada tahun 1998 pihak bank juga tidak dapat memberi hutang yang mencukupi langsung tidak membolehkan usahawan untuk memperoleh modal untuk perniagaan dan terus mati begitu saja. Malah, pihak bank juga ada yang hampir lingkup maka tertubuhlah Danamodal oleh Kerajaan untuk membantu pihak bank.

Pada tahun 1998 kedudukan rizab negara sangat rendah dengan RM20 bilion yang hanya dapat menampung 2.7 bulan ekspot sahaja. Ini adalah sangat-sangat rendah dari tahap piawaian antarabangsa 6 bulan. Apabila Malaysia meminta pertolongan Singapura, kita tidak diendahkan.

Pada tahun 1998 juga suasana politik Malaysia agak ranap di mana Perdana Menteri membuang timbalannya dan juga menangkap pemuda UMNO di bawah tahanan ISA. Ramai yang berdemonstrasi meluahkan rasa tidak puas hati kepada Kerajaan. Malah pemimpin luar seperti Amerika dan Britain juga mencemuh pemimpin Malaysia dan keadaan semakin teruk apabila pihak media antarabangsa juga menembak reputasi Malaysia terutamanya pemimipin politik.

Pada tahun 2015, kita juga mengalami kebimbangan yang sama tetapi adakah ianya seteruk 1998? Pada tahun 2015 kita mencemuh pemimpin dan mendesak perletakan jawatan tetapi adakah pada tahun 1998 pemimpin meletak jawatan? Pada tahun 2015 kira risau kestabilan politik tetapi pada tahun 1998 bukankah kerana kerisauan itu juga yang kita sama-sama satu Malaysia menyokong pemimpin? Lupakah kita kesusahan ekonomi 1998?


~~~~~

No comments:

Post a Comment